Buku Tamu

Cerita Si Pencinta Kucing..
Miss Sakura
30 November 2013

Assalammualaikum semua !

Fiya gadis bandar yang lahir dari keluarga yang berada. Ibu dan bapanya pula berpangkat Dato' dan Datin. Fiya adalah anak tunggal kepada Dato' Hashim dan Datin Mariam. Kehidupan Fiya penuh dengan kemewahan. Bagi Fiya pula, wang adalah segalanya. Dia mampu memperoleh apa sahaja dengan wang. Hidup Fiya yang terlalu mewah itu menyebabkan dia lupa pada yang Esa. Ibu bapa Fiya sudah tidak tahu lagi bagaimana untuk mengubah diri Fiya. Dia terlalu liar. 

Fiya selalu pulang rumah lewat malam. Fiya jadi seperti ini ada sebabnya. Dia sebenarnya terlalu kecewa kerana telah ditinggalkan oleh tunangnya, Faris. Bagi Fiya, Faris adalah segalanya. Tetapi hatinya hancur berkecai setelah mendapat tahu bahawa Faris sebenarnya suami orang. Sejak itu, Fiya sudah mula tidak percaya pada lelaki dan cinta. Fiya beranggapan semua lelaki sama. Tiada yang jujur, setia dan ikhlas. Kerana itulah Fiya suka apabila menghancurkan hati seorang demi seorang lelaki. Puas baginya buat begitu.

Pada suatu malam, ketika Fiya keluar dari pusat hiburan dan hendak ke keretanya, Fiya nyaris-nyaris hendak dilanggar oleh sebuah kereta. Mujur ada seorang lelaki datang menarik tangannya. Fiya berada dalam pelukan lelaki tersebut. Apabila Fiya tersedar yang dia sekarang ada dalam pelukan seorang lelaki, terus sahaja Fiya menolak lelaki tersebut. Fiya pun berkata, "kau memang saja nak ambil kesempatan, bukan ?!" marah Fiya. Lelaki tersebut hanya mendiamkan diri. Lelaki tersebut pun menjawab, "lain kali, jalan tu guna mata. Tengok kiri kanan, bukan main jalan je. Kalau kena langgar tadi macam mana?" bidas lelaki itu. Belum sempat Fiya hendak bersuara, lelaki itu terus meninggalkan Fiya. Fiya memang tidak berpuas hati dengan lelaki itu. "Kau ingat kau siapa nak nasihat aku bagai" bisik hati Fiya.

"Papa mama, bila kita nak melancong. Fiya bosan laa dekat KL ni. Jom laa pergi Jepun. Fiya teringin sangat nak tengok bunga sakura. Mama dengan papa langsung tak ada masa dengan Fiya. Sekali sekala kita pergilah bercuti juga" ujar Fiya ketika mereka sedang bersarapan. "Bukan papa tak mahu bawa kamu dan mama bercuti, cuma papa sibuk dengan projek-projek yang ada. Bukan projek kecil Fiya, tapi semuanya projek besar-besar. Papa harap kamu faham" balas Dato' Hashim. Datin Mariam juga berkata, "betul kata papa itu Fiya, papa memang sibuk sekarang. Kamu kena faham. Papa kamu ni bussinessman. Mama pun agak sibuk dengan persatuan datin-datin itu". Fiya hanya mendiamkan diri. Terus sahaja selera untuk menjamah sarapannya itu terbantut. Fiya bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi tanpa kata. 

"Mama dengan papa langsung tak ada masa dengan aku. Yang mereka tahu kerja, kerja dan kerja. Langsung tidak pedulikan aku. Aku pun perlukan perhatian dari mereka" bisik hati Fiya. Dirumah yang besar itu, kadang-kadang sunyi kerana yang selalu ada dirumah pun orang gaji sahaja, Kak Siti dan Mak Imah. Itu pun jika Kak Siti ada. Kak Siti hanya akan datang kerumah itu pada hari-hari tertentu sahaja. Mak Imah lah tempat Fiya meluahkan perasaannya. Fiya sudah menganggap Mak Imah itu sebagai ibunya. 

Seperti biasa, pulang sahaja dari kolejnya Fiya terus berlari mendapatkan Mak Imah. Dipeluknya Mak Imah itu erat-erat. Hari ini adalah hari lahir Fiya yang ke 23. "Mak Imah, cuba teka hari ini hari apa" ujar Fiya. "Hari ini hari selasa bukan?" jawab Mak Imah. Fiya mencebikkan mukanya. Terus sahaja Mak Imah ketawa, "Hahaha. Hari ini hari lahir Fiya. Mak Imah ingat, sayang". Fiya terus memeluk Mak Imah. "Terima kasih Mak Imah, sebab masih ingat hari lahir Fiya" kata Fiya. "Mak Imah ada masakkan makanan kegemaran kamu, Fiya. Mak Imah masak.......... tomyam pedas" kata Mak Imah. Fiya dengan muka cerianya terus saja bersorak keriangan, "yeke Mak Imah ?! Yeayyy ! Dapat makan tomyam pedas Mak Imah lagi". Fiya sangat gembira kerana masih ada orang yang ingat akan tarikh lahirnya. "Adakah mama dan papa ingat hari ini hari lahirku" bisik hati Fiya. Wajah Fiya bertukar sedih. Mak Imah perasan akan perubahan Fiya itu lalu Mak Imah pun bersuara, "Fiya, kenapa nak. Kamu tak suka ye Mak Imah masak tomyam saja?". Fiya pun menjawab, "eh, bukan begitu Mak Imah. Fiya cuma fikir tentang mama dengan papa. Agak-agak mama dengan papa ingat tak hari ini hari lahir Fiya". Mak Imah cukup faham dengan perasaan Fiya sekarang. Ibu bapa Fiya bukan tidak menyayanginya, cuma mereka terlalu sibuk mengejar duniawi. "Mama dengan papa mestilah ingat hari ini hari lahir Fiya. Fiya ni kan anak kesayangan mereka" kata Mak Imah dengan bersungguh-sungguh. Fiya diam tanpa kata. Dia terus berkata, "Jom kita makan sama-sama Mak Imah ? Mesti sedapkan tomyam ini". Fiya seolah-olah cuba menyembunyikan perasaan sedihnya, tetapi Mak Imah tahu apa yang Fiya sedang rasakan sekarang.

Ketika Fiya sedang berjalan-jalan di pusat membeli-belah, dia terlanggar seorang lelaki. Habis semua barang yang dibelinya jatuh ke lantai. Terus sahaja Fiya mengambilnya semula. Lelaki tersebut juga menolong Fiya. "Maafkan saya, Cik" ujar lelaki tersebut. Ketika mereka saling bertentangan, dengan serentak mereka berkata, "KAU?!". Dengan lekas, Fiya terus bangun dan bersuara, "Kau lagi. Kau memang suka ikut aku eh?". Lelaki tersebut dengan muka selambanya berkata, "awak jangan nak perasan okay. Awak fikir awak siapa sampai saya nak ikut awak". Fiya terasa bengang ketika itu. Tanpa sebarang kata, lelaki itu meninggalkan Fiya lagi. Fiya mengejar lelaki itu dan menarik tangannya. "I'm not finish with you" kata Fiya dengan berang. Dengan gaya yang selamba lelaki itu menjawab, "Yes miss. Can I help you?". "Kau ni sebenarnya siapa hah?" bidas Fiya. Lelaki itu menjawab, "Saya siapa ? Saya manusia laa. takkan kucing pulak". Api kemarahan Fiya semakin membara-bara. Lelaki itu pun berlalu pergi. Fiya hanya mampu berdiri melihat lelaki itu berlalu. Dia terlalu marah sampai tidak tahu hendak berkata apa lagi.

Sudah setahun berlalu, kehidupan Fiya masih sama seperti selalu. Mama dan papanya juga tidak ubah seperti dulu, sibuk dengan kerja. Setelah tamat pengajian, Fiya bercadang untuk melancong. Melancong kemana ? Hurmm. Tak lain tak bukan, JEPUN ! Negara yang memang Fiya impikan untuk lawati. Fiya hanya pergi seorang diri. Dia tahu mama dan papanya tidak kisah kerana mereka sudah biasa tinggalkannya keseorangan. Fiya akan berangkat ke Jepun tiga jam lagi. Dia sempat berpesan kepada Mak Imah, "Mak Imah jaga diri elok-elok ye masa Fiya tak ada ini. Tolong jagakan mama dengan papa juga ye". Mak Imah tahu apa yang cuba Fiya sampaikan. Mak Imah menjawab, "Ye Fiya. Mak Imah akan jaga mama dengan papa kamu macam mana Mak Imah jaga kamu". Fiya tersenyum. Fiya bersuara lagi, "Terima kasih Mak Imah. Baiklah, Fiya pergi dulu ye" Fiya terus menyalami dan memeluk Mak Imah. Sebak juga hati Mak Imah ketika itu. "Jaga diri elok-elok ye Fiya. Jaga solat, jangan tinggal solat. Kalau kamu teringat dekat Mak Imah, telefon ye" tanpa disedari, air mata Mak Imah jatuh. Fiya terkedu dan terus memeluk Mak Imah, "Fiya pergi sekejap sahaja Mak Imah. Fiya nak tenangkan fikiran. Fiya teringin nak tengok bunga sakura" kata Fiya dengan lembut. Mak Imah tersenyum. "Maaf ye Fiya. Mak Imah terlebih emo pula" gelak Mak Imah. Fiya tahu Mak Imah hanya pura-pura gembira. "Fiya pergi dulu ye. Takut nanti terlepas flight pula". ujar Fiya. Mak Imah mengangguk. "Pak Karim, tolong angkat beg-beg Fiya ni" kata Mak Imah pada Pak Karim.
Tanpa berkata apa-apa, Pak Karim terus mengangkat beg-beg itu kedalam bonet kereta.

Tenang rasanya apabila dapat melihat bunga sakura ini jatuh berguguran ke atas tanah. Fiya duduk diatas sebuah bangku di taman itu. Dia terus mengeluarkan kameranya untuk mengambil gambar. Setelah puas mengambil gambar, Fiya bangun dan bercadang hendak pulang ke hotelnya. Baru sahaja hendak bangun, tiba-tiba sahaja ada orang melanggarnya. Terus sahaja orang yang melanggarnya itu memohon maaf, "I'm sorry miss". Dengan tenang, Fiya pun membalas, "It's okay". Mereka terdiam seketika. Akhirnya, masing-masing menjerit, "kau lagi?". Keadaan yang serius tadi bertukar gelak ketawa. Dengan gelak yang masih bersisa, Fiya berkata "sampai aku pergi Jepun pun kau ikut aku. Hebat". Fiya masih ketawa. Lelaki itu mencebik dan berkata, "Awak jangan nak perasan eh. Saya datang sini ada hal. Tak ada masa nak ikut atau spy awak". Fiya merenung lelaki itu lalu menghulurkan tangan. "Aku Nur Safiya Imani binti Dato' Hashim. Panggil Fiya je. Kau pula?". Lelaki itu menjawab, "Saya Muhammad Nur Iman. Panggil saya Iman". "Eh, nama kita dah nak dekat sama. Iman dan Imani" Fiya berkata dengan ceria. Iman hanya tersenyum melihat telatah Fiya.

"Awak buat apa dekat sini" ujar Iman. "Aku datang kesini saja bercuti. Nak tenangkan fikiran. Aku datang sini pun sebab nak tengok bunga sakura" balas Fiya. "Ooo, kiranya awak ni sukakan bunga sakuralah ye" kata Iman. "Yup, macam tu lah nampaknya. Sebenarnya aku nak bercuti dengan parent aku, tapi itu lah, mama dengan papa aku asyik sibuk dengan kerja saja. Mereka langsung tidak menghiraukan aku" Fiya membalas dengan nada yang agak kecewa. Iman memahami situasi yang dialami oleh Fiya sekarang, "Mama dengan papa awak cari rezeki sebab nak awak hidup senang. Awak cukup beruntung sebab awak lahir dalam keluarga yang senang. Mereka sayangkan awak, tapi kerjaya mereka telah membataskan segalanya". Fiya terdiam seketika. "Kau tak faham, mereka terlalu sibuk sampai langsung tak pedulikan aku" bidas Fiya. Jelas terpancar riak wajah kecewa dimuka Fiya. "Awak beruntung Fiya, masih ada mama dengan papa. Saya ni, ayah tak ada. Ibu saya sahaja tempat saya mengadu. Saya dibesarkan dalam keluarga yang susah, Fiya. Saya ada 5 orang adik-beradik. Bayangkan Fiya, macam mana ibu saya besarkan kami 5 beradik. Susah payah ibu saya besarkan kami. Saya ni anak sulung, sayalah tempat ibu bergantung harap". Sekarang Fiya faham. Mama dan papanya ingin hidup Fiya dalam keadaan mewah. Tapi mereka lupa, kasih sayang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.

Sebulan sudah berlalu, Fiya dan Iman semakin akrab. Sudah ada perasaan sayang yang bertandang dihati Fiya buat Iman. Begitu juga dengan Iman. Celoteh Fiya yang mencuit hati mampu mencair hati Iman. Mereka berdua bercadang untuk pulang ke Malaysia pada esok hari. Sebelum pulang ke Malaysia, Fiya pergi ke taman dimana tempat dia bertemu Iman. Disitulah mulanya pertemuan yang tidak dijangka. Fiya yang dulunya seorang yang sombong dan tidak mahu bergaul dengan orang yang biasa-biasa kini sudah lain. Sekarang Fiya sudah mahu berkawan dengan semua orang. Fiya masih mengingati apa yang dipesan oleh Iman, "Kita berkawan, jangan tengok rupa paras dan harta dia. Nilai dia dengan sikap dia terhadap kita, keikhlasan dia hendak berkawan dengan kita". Fiya tersenyum apabila melihat lelaki itu cukup matang dalam memberi nasihat.

Pulang saja dari Jepun, Fiya tanpa  berlengah lagi terus mencari Mak Imah. "Mak Imah, Fiya dah balik ni" jerit Fiya. Tiada sebarang jawapan. Fiya mencari Mak Imah diserata tempat. Rupa-rupanya Mak Imah berada di halaman luar. Dia sedang menyiram pokok-pokok bunga. Dengan berhati-hati Fiya melangkah kearah Mak Imah dan terus memeluk Mak Imah dengan erat. Terkejut dibuatnya. Mak Imah pun berkata, "Dah lama sampai ke Fiya. Maaflah Mak Imah tak perasan kamu sampai". Fiya mencebik, "Fiya dah lama sampai tau. Mak Imah yang tak dengar Fiya jerit-jerit panggil Mak Imah". Mak Imah ketawa melihat wajah gadis dihadapannya ini. "Fiya comel ni merajuk ye. Mari Mak Imah masak tomyam pedas kegemaran kamu itu. Nak ?" kata Mak Imah dengan gembiranya. Terus sahaja Fiya bersorak keriangan, "Yeay ! Jom kita masak sama-sama. Fiya teringin juga nak tahu resipi tomyam special Mak Imah". Mak Imah senang melihat Fiya gembira seperti itu.

Sudah seminggu Fiya cuba menghubungi Iman, tapi tiada sebarang respon. Call tidak berangkat, mesej tidak berbalas. Pelik juga dibuatnya. Ketika sedang makan malam, tiba-tiba sahaja papa berkata, "Fiya, mama dengan papa dah bersetuju nak kahwinkan kamu dengan seorang pekerja papa". Mahu tersedak Fiya mendengar apa yang dibicarakan oleh papa sebentar tadi. "What ? Papa dengan mama nak jodohkan Fiya dengan lelaki yang Fiya tak kenal ? What wrong both of you ?" berang Fiya. Mama membalas, "Fiya, behave yourself. Kamu nak ke jadi anak derhaka. Dengar dulu apa yang papa nak cakap". Fiya hanya mendiamkan diri.

Seminggu sahaja lagi tarikh perkahwinan aku. Kemana Iman menghilang pun dia tidak tahu. Adakah lelaki itu telah melupakannya. Fiya menghela nafas. Tenang sedikit hati dia apabila dapat melihat pokok-pokok ini. Sedang sibuk Fiya menyiram pokok-pokok itu, tiba-tiba ada orang menyapanya dari belakang, "Hi Miss Sakura. How are you?". Terkedu Fiya dibuatnya. "Macam aku pernah dengar suara ni" kata Fiya dalam hati. Fiya segera berpaling untuk melihat empunya suara. "IMAN !!" Fiya menjerit nama itu dan berlari mendapatkan Iman. "Mana awak pergi selama ni Iman. Kenapa awak tak angkat saya call, mesej saya pun awak tak balas." tanya Fiya dengan nada yang agak sedih. Iman tersenyum mendengar soalan dari Fiya itu. "Dulu kalau cakap dengan saya, guna kau aku. Sekarang dah saya awak. Hehe. Sweet nya" balas Iman. Fiya mencubit lengan lelaki itu, "awak ni kan, tahu tak saya tengah sedih ni. Awak boleh pulak buat lawak". Iman ketawa melihat telatah perempuan comel didepannya ini. "Baru seminggu tak contact dah rindu ?" kata Iman dengan nada ketawa. Fiya mencebik, "eleh, perasan". Masing-masing ketawa keriangan. Terubat sedikit rindu yang bertandang dalam jiwa Fiya. Rupa-rupanya ada yang sedang memerhatikan telatah mereka berdua. Ya ! Mama dan papa Fiya. Tersenyum mereka melihat Fiya gembira disisi bakal suaminya. "BAKAL SUAMI" ! Yes ! Sebenarnya papa dengan mama memang sudah merancang semua ini dari awal. Mereka ingin menyatukan Fiya dengan Iman. Papa berkenan melihat Iman ketika lelaki itu mula-mula bekerja di syarikatnya. Sikap tanggungjawab dan amanah yang ada pada Iman membuatkan Dato' Hashim kagum terhadap Iman. Kerana itulah dia merancang semua ini. Dato' Hashim dan Datin Mariam yakin Iman mampu membimbing Fiya.

"Aku terima nikahnya Nur Safiya Imani binti Hashim dengan mas kahwinnya RM2,700 tunai". Sah. Alhamdulillah, Fiya dan Iman sudah bergelar suami isteri. Fiya sangat bersyukur kerana lelaki yang disayangi dan dicintainya itu akhirnya sah menjadi suaminya. Baru Fiya sedar bahawa mama dan papanya masih menyayangi dirinya. "Terima kasih Ya Allah" bisik hati Fiya. Setelah sampainya masa untuk acara memotong kek, Fiya agak terkejut kerana kek yang akan dipotong bersama suaminya itu penuh dengan hiasan bunga sakura. "Cantiknya" itu sahaja yang mampu Fiya katakan. Dia terlalu gembira. "Just for you, sayang" balas Iman. Fiya tersenyum manis. "Thanks for everything, abang". Iman tersenyum nakal dan berkata, "ulang lagi sekali perkataan last tu". Fiya terus mencubit lengan Iman. "Auchh, sakitlah sayang" Iman mengusap lengannya. "Lain kali jangan mengada-ngada" kata Fiya seraya ketawa. "Abang mengada dengan sayang je. Jom laa sayang, potong kek sakura tu" kata Iman. "Jom !" dengan ceria Fiya menarik tangan Iman.

"Saya suka tengok Fiya gembira, bang" kata Datin Mariam. Dato' Hashim mengangguk. "Ibu bapa mana tak gembira bila tengok anak mereka bahagia. Kita sama-sama doakan kebahagiaan mereka ye" ujar Dato' Hashim.

-TAMAT-

Older
Newer