Buku Tamu

Cerita Si Pencinta Kucing..
Kalau Dah Jodoh...
29 November 2013

Assalammualaikum pembaca sekalian.

Nina adalah seorang gadis yang berusia 17 tahun. Dia seorang gadis yang ceria, peramah dan juga seorang yang suka berkawan. Dia juga mempunyai rupa paras yang cantik. Ramai lelaki yang menggilainya. Tetapi hatinya sudah berpaut pada seorang lelaki yang dikasihinya. Nina benar-benar menyayangi lelaki tersebut. Lelaki tersebut belajar di sekolah yang berlainan dengan Nina. Walaupun mereka jarang berhubung, tetapi hati Nina tetap padanya (Danial).

Pada hari pertama persekolahan, kelas Nina telah menerima seorang pelajar lelaki baru yang bernama Asyraf. Pada mulanya, Nina hanya berkawan sahaja dengan Asyraf tetapi perasaan Nina terhadap Asyraf mula bertukar kepada sayang. Asyraf juga mula menunjukkan dia mempunyai perasaan yang sama seperti Nina. Nina mula melupakan Danial disebabkan Danial sudah tidak memperdulikan Nina. Kadang-kadang Nina berasa hairan, mengapa Danial langsung tidak menghubunginya. Apakah dia sibuk dengan pelajarannya juga ? Hanya itu yang bermain di fikiran Nina. Apabila tibanya musim peperiksaan, Nina dan Asyraf belajar bersama-sama. Ibu bapa Nina menyukai Asyraf kerana sikapnya yang menghormati orang tua. Begitu juga dengan ibu bapa Asyraf.

Pada hari keputusan SPM diumumkan, Nina dan Asyraf masing-masing memperoleh keputusan yang cemerlang. Ibu bapa mereka setuju untuk menyatukan mereka berdua pada usia muda kerana ia lebih baik daripada bercinta tanpa ikatan yang sah. Akhirnya mereka disatukan. Mereka menyambung pelajaran di Jordan. Kira-kira 3 tahun kemudian barulah mereka pulang ke Malaysia. Pada ketika itu, Nina dan Asyraf memperoleh dua cahaya mata yang kembar.

Pada suatu hari, ketika mereka dalam perjalanan pulang dari bercuti, mereka terlibat dalam satu kemalangan. Kemalangan ini telah meragut nyawa Asyraf. Nina serta dua anaknya pula hanya mengalami cedera ringan. Inilah yang dikatakan "MALANG TIDAK BERBAU". Akhirnya Nina ditinggalkan suaminya untuk selama-lamanya. Isteri mana yang tidak sedih dengan kehilangan suami tercinta. Ketika itu, Nina hanya berdiamkan diri. Tiada lagi gelak ketawa dan celoteh dari Nina. Kini Nina sudah berubah, dia menjadi seorang yang pendiam, tidak mahu bergaul dengan orang.

Ketika Nina hendak ke pasar untuk membeli barang dapur, dia terserempak dengan Danial. Nina cuba melarikan diri daripada Danial. Tetapi dengan tangkas Danial memegang tangan Nina. Nina cuba menepis, tetapi tidak berjaya. Danial mula bersuara, "kenapa awak cuba larikan diri dari saya. Kemana awak pergi setelah tamat SPM ? Kenapa awak tinggalkan saya, Nina". Nina hanya membisu. Setelah didesak oleh Danial, Nina bersuara juga, "saya sudah berkahwin, Danial. Saya bahagia. Lupakan saya. Kita sudah tiada apa-apa lagi hubungan" ujar Nina. Danial terkedu seketika apabila mendengar apa yang diujarkan oleh Nina. Danial mula melepaskan Nina. Danial berkata, "tapi saya masih sayangkan awak, Nina. Hati saya masih untuk awak. Saya tak boleh lupakan awak. Saya cintakan awak, Nina". Nina membisu lagi. Nina terus meninggalkan Danial tanpa sebarang kata. Ketika itu, hati Nina mula sebak.

Nina cuba untuk melupakan pertemuannya dengan Danial seminggu yang lalu. Kini Nina sudah mula ingin bercakap seperti dulu. Ibu bapa Nina menyuruhnya untuk tinggal bersama mereka agar mereka dapat menjaga Nina dan anak-anaknya. Nina patuh kepada arahan orang tuanya.

Pada suatu hari, Nina ke klinik untuk memeriksa tahap kesihatannya. Ketika Nina keluar dari klinik tersebut, Danial ternampak Nina. Danial terus masuk kedalam klinik tersebut lalu menanyakan mengenai Nina kepada pengurus di kaunter. Danial bertanya, "tadi itu Nina kan, Leha ?" Pengurus kaunter tersebut pun menjawab, "Ye doktor, itu Puan Nina. Dia ada appointment dengan Doktor Fazura". Danial pun bertanya lagi, "dia datang seorang diri je ke ?" Leha menjawab, "Aah doktor, suaminya telah meninggal sejak 4 tahun yang lalu. Kesian saya tengok Puan Nina itu, doktor". Danial terdiam mendengar penjelasan dari Leha sebentar tadi. "Kepada awak tipu saya Nina ? Kenapa awak langsung tidak cerita apa-apa tentang semua ni" bisik hati Danial.

Danial berniat untuk merisik Nina. Dia menyampaikan hajatnya kepada orang tuanya. Mereka tidak kisah tentang status Nina. Asalkan Danial bahagia dan Danial mampu menjadi seorang suami yang bertanggungjawan. Setelah mendapat persetujuan dari orang tuanya, Danial bercadang untuk tidak memberitahu Nina tentang hajatnya. Danial hanya ingin menyampaikan hajatnya itu kepada orang tua Nina.

Danial serta ibu bapanya datang kerumah Nina. Ketika itu, Nina tiada dirumah. Kata ibunya, Nina keluar bersiar-siar dengan anaknya. Apabila sudah dipelawa untuk masuk, Danial dan ibu bapanya terus menyatakan hajat mereka datang ke rumah itu. Danial juga berkata, "saya harap makcik dengan pakcik tidak memberitahu Nina tentang ini. Biarlah Nina tahu bakal suaminya siapa ketika akad nikah nanti" ujar Danial. Ibu Nina sebenarnya agak berat hati untuk menunaikan apa yang dihajat oleh Danial. Tetapi apabila mengenangkan nasib anak-anak Nina yang inginkan kasih sayang seorang bapa, ibu Nina akhirnya bersetuju.

Pada suatu malam, telefon Nina berdering. Nina melihat skrin telefonnya. "Unknown Number" itulah yang tertera diskrin telefon Nina. Nina terus menjawab panggilan tersebut. "Assalammualaikum, bakal zaujah saya sihat tak ni" ujar lelaki yang menelefon Nina itu. Nina pun menjawab, "waalaikumsalam, awak ni siapa ? Kenapa awak panggil saya bakal zaujah awak ?". Lelaki tersebut pun bersuara, "saya bakal zauj awak. Nina, saya harap awak terima pinangan saya". Nina terkejut, lalu terus mematikan telefonnya.

Nina berlari mendapatkan ibu bapanya. Dia bertanya mengenai lelaki yang menelefonnya. Ibu Nina berkata, "sebenarnya ada orang merisik kamu. Tetapi ibu dengan ayah tak boleh beritahu siapa dia". Nina semakin pelik. "Siapa lelaki tu" bisik hati Nina.

Sudah sebulan berlalu. Lelaki itu kerap kali menelefon Nina. Nina mula merasakan ada bait-bait cinta yang sudah berputik dalam hatinya. Lelaki tersebut pandai mengambil hatinya. Nina gembira kerana hari yang ditunggu-tunggunya selama ini akhirnya sudah pun tiba. Nina cantik apabila mengenakan baju pengantin putih  yang kemerahan. Solekan diwajah Nina juga tampak menyerikan lagi kecantikkannya. Jika ada orang katakan Nina seperti budak sekolah lagi pun boleh diterima dek akal. Begitulah yang dapat digambarkan rupa paras Nina. Tinggi dan langsing. Berkulit putih dan mata yang sedekit sepet.

Lelaki tersebut sampai dahulu di masjid, tempat mereka akan diijab kabulkan. Perasaan Nina benar-benar berdebar saat itu. Nina hanya dapat melihat susuk tubuh bakal suaminya itu dari belakang. Ketika semua sudah dalam keadaan tenang, tok kadi pun menghulurkan tangannya lalu berkata, "Aku nikahkan dikau, Mohd Danial bin Othman dengan Nur Shanina binti Zulkifli dengan mas kahwin seberangkat alat solat, tunai". "Aku terima nikahnya Nur Shanina binti Zulkifli dengan mas kahwin seberangkat alat solat, tunai". Sah. Ketika itu, Nina hendak pengsan akibat melihat suaminya itu. Rupa-rupanya Danial. Bekas kekasih hatinya. Nina membuat muka selamba sahaja. 

Danial datang kearah Nina untuk sesi membatalkan air sembahyang. Danial menghulurkan tangannya untuk disalam oleh Nina. Nina mencium tangan Danial dan Danial terus mencium dahi Nina. Nina benar-benar sebak ketika ini. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati dia apabila melihat suaminya itu adalah Danial. Dia sangat bersyukur kerana telah dijodohkan dengan orang yang boleh menggantikan tempat Asyraf. Yang boleh menjaga anak-anaknya. "Syukur Alhamdulillah" bisik hati Nina. Danial membisik, "Thankiu sayang, sebab sudi terima abang". Kemudian Danial mengukirkan senyuman yang sangat manis. Saat itu, Nina hanya mampu tersenyum bahagia. Tiada ungkapan yang mampu diucapkan sekarang. Dia terlalu bahagia dan gembira.

"Terima kasih Ya Allah, kau pertemukan aku dengan jodoh yang baik"

-TAMAT-



Older
Newer