Buku Tamu

Cerita Si Pencinta Kucing..
Cahaya Permaisuri Berseri-seri
01 Disember 2013

Assalammualaikum pembaca semua !

Sarah gadis kampung yang mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi. Dia berazam ingin mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan serba kekurangan. Sarah ditawarkan untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan di luar negara iaitu London. Sarah memang teruja, tetapi apabila memikirkan tentang wang, Sarah kembali muram. "Sarah, kamu memang hendak kesana bukan. Ibu akan keluarkan wang simpanan ibu untuk kamu. Kamu pergi ye" ujar Mak Leha. Sarah membisu seketika. "Kamu jangan risau tentang biaya kamu disana. Ibu ada sedikit wang yang ibu simpan selama ni" sambung Mak Leha. Sarah menjawab,"tetapi bu, banyak duit yang kena guna. Sarah tak mahu susahkan ibu dengan ayah. Selama ini Sarah dah banyak menyusahkan ibu dan ayah". Mak Leha merenung kearah Sarah, "Kamu tak pernah menyusahkan ibu dan ayah. Kami hanya ada kamu dan Safuhah sahaja. Memang dah tanggungjawab kami, sayang" balas Mak Leha. "Kamu kena berjanji, dekat sana nanti kamu belajar rajin-rajin. Nanti bila kamu dah capai cita-cita kamu yang mahu jadi seorang doktor bedah tu, kamu pula bantu ibu dan ayah" bicara Mak Leha dengan tenang. "InshaAllah, ibu. Terima kasih ibu sebab selalu memberi semangat dan dorongan kepada Sarah" kata Sarah lalu terus memeluk ibunya itu. 

"Kamu jaga diri elok-elok disana ya, Sarah. Jaga solat, jaga pergaulan. Nanti dah sampai sana, telefon ibu ya" sebak hati Mak Leha untuk melepaskan anak daranya itu berjauhan dari mereka. "Ya ibu. Nanti dah sampai Sarah telefon ibu. Ibu jangan risau ya. Doakan semoga Sarah selamat sampai ya, ibu" balas Sarah. "Ingat Sarah, belajar rajin-rajin. Kalau tak sihat, pergi klinik. Jangan suka simpan penyakit" kata Pak Kassim, ayah kepada Sarah. "Ya ayah, Sarah janji akan belajar betul-betul" ujar Sarah. Setelah menyalami kedua-dua orang tuanya, Sarah masuk kedalam teksi yang akan membawanya ke lapangan terbang KLIA.

Setibanya di Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris, Sarah terus ke apartment dimana tempat yang akan dia tinggal semasa di Paris ini. Sarah sangat teruja kerana suasana di Paris ini sangat mendamaikan. Dari apartment ini, Sarah dapat melihat Menara Eiffel yang tersegam indah. Tidak dapat digambarkan perasaan Sarah sekarang, dia terlalu gembira dan teruja. Tiba-tiba Sarah baru teringat pesan ibunya yang menyuruh dia menelefon mereka jika Sarah sudah sampai di Paris. Sarah terus mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor telefon rumah, "Assalammualaikum" kata Sarah setelah ada orang yang menjawab panggilannya. "Waalaikumsalam. Haaa, Sarah dah sampai ya nak. Kamu macam mana dekat sana?" jawab Mak Leha. "Alhamdulillah semua selamat bu. Berkat doa ibu dan ayah. Sarah okay je. Ni pun baru sampai apartment" balas Sarah. "Baguslah kalau macam tu Sarah. Kamu jaga diri elok-elok ya, nak. Eh, ibu ada tetamu ni, nanti kita borak lagi ya" kata Mak Leha. "Baiklah bu, kirim salam dekat ayah dan Safuhah ya. Assalammualaikum". "Waalaikumsalam".

Sudah empat tahun Sarah berada di Paris. Alhamdulillah dia sudah tamat pengajiannya disini. Esok dia akan pulang ke Malaysia. Rindu pada ibu bapanya dikampung sudah menggunung, kalah Gunung Everest. Sarah sudah mendapat gelaran Dr.Sarah. Dia akan memulakan kerjayanya itu di Kuala Lumpur. Akhirnya tercapai juga cita-cita Sarah yang ingin menjadi seorang doktor bedah.

Pada suatu hari, Sarah ditugaskan untuk menjalankan pembedahan terhadap seorang pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang. Sarah menjalankan tugasnya itu dengan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah pesakit itu selamat setelah menjalani pembedahan. 

"Assalammualaikum Dr.Sarah" sapa seseorang dari belakang. "Waalaikumsalam. Ya, boleh saya tolong" balas Sarah. "Saya Fahmi, pesakit ginjal yang doktor bedah tempoh hari" balas lelaki itu. "Ohh, kamu rupanya. Ada apa kamu datang berjumpa saya?" kata Sarah. Fahmi berkata, "Sebenarnya saya nak ucapkan terima kasih sebab Doktor telah selamatkan nyawa saya". Sarah tersenyum, "bukan saya, tapi Allah. Saya hanya usaha. Allah penentu segalanya". Fahmi tersipu malu mendengar jawapan Sarah dan berkata, "Apa-apa pun, terima kasih doktor. "Sama-sama, jaga kesihatan ya" balas Sarah dan berlalu pergi kerana dia agak sibuk ketika itu. 

Sarah dan Fahmi sudah sah bergelar suami isteri sejak setahun yang lalu. Mereka dijodohkan oleh keluarga mereka. Sebenarnya Fahmi memang sudah lama menyimpan perasaannya terhadap Sarah. Sarah memang tidak mempunyai apa-apa perasaan terhadap Fahmi, tetapi itulah, sudah wajib bagi Sarah untuk mencintai suaminya sendiri. Sarah menerima Fahmi seadanya. Di pagi yang hening bertukar menjadi kecoh apabila Sarah muntah-muntah. Fahmi segera mendapati isterinya itu. "Sayang okay tak" kata Fahmi. Sarah menggelengkan kepalanya dan terus menerus muntah. Fahmi terus mengangkat Sarah masuk kedalam kereta dan membawanya ke klinik yang berdekatan.

"Tahniah Encik Fahmi, encik akan bergelar bapa tak lama lagi" kata doktor yang merawat Sarah. "Alhamdulillah Ya Allah" bisik hati Fahmi. Fahmi tersenyum manis melihat isterinya. "Sayang, nanti kita akan jadi mama dan papa" bisik Fahmi ke telinga Sarah. Sarah tersenyum, dia juga bahagia sebenarnya. Cuma keadaannya yang hendak muntah itu membuatkan dia tidak selesa.

Sudah sembilan bulan berlalu. Rasanya sudah tiba masanya untuk anak yang berada dalam kandungan Sarah keluar melihat dunia. Sarah mengerang kesakitan. "Abang, sakit !!!" jerit Sarah ketika berada dalam wad bersalin. "Ingat Allah sayang. Mengucap" kata Fahmi kelam kabut. Tangannya masih erat dalam genggaman Sarah. "Alhamdulillah anak encik selamat dilahirkan. Tetapi............ bukan Puan Sarah" kata doktor tersebut. Terdiam Fahmi mendengar apa yang dikatakan oleh doktor itu. Dirinya terasa sangat lemah. "Ya Allah, Sarah. Kenapa Sarah tinggalkan abang. Abang nak kita besarkan anak kita bersama-sama. Sayang, kenapa cepat sangat sayang pergi. Sayang belum sempat tengok anak kita" ucap Fahmi dalam keadaan sebak. Air matanya kini sudah mengalir. Sungguh tidak disangka Sarah akan meninggalkan dia secepat ini. "Sebenarnya Allahyarham sudah lama menghidap penyakit ginjal. Ini surat yang Allahyarham berikan sebelum dia menghembuskan nafas terakhir"  

"Assalammualaikum abang. Pertama sekali Sarah ingin memohon maaf jika selama Sarah bergelar isteri abang, Sarah ada lukakan hati abang. Abang terlalu baik untuk Sarah. Sarah sangat beruntung sebab ada suami macam abang. Mungkin ketika abang sedang membaca surat ini, Sarah sudah tiada lagi di atas muka bumi ini. Bukan niat Sarah untuk merahsiakan penyakit yang Sarah hidap, tetapi Sarah lihat abang terlalu gembira apabila mendapat tahu yang Sarah mengandung. Sarah tak nak sebab Sarah, abang sedih. Sarah nak tengok abang gembira. Abang jaga anak kita elok-elok ya. Didik dia supaya menjadi seorang anak yang soleh / solehah.  Sarah percaya, abang mampu jaga anak kita dengan baik. Halalkan makan minum yang abang beri kepada Sarah. Sarah memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pesan dekat anak kita, Sarah sayangkan dia, cuma Sarah tak berkesempatan nak jumpa dia. Salam sayang, Sarah".

Air mata Fahmi kini semakin deras mengalir. Ibu bapa Sarah dan Fahmi cuba menenangkan Fahmi. "Sabar Fahmi, Allah lebih sayangkan Sarah" kata ibu Fahmi. Fahmi masih lagi menangis. Tiba-tiba datang seorang jururawat menghampiri mereka lalu menghulurkan bayi yang dikendongnya itu ke pangkuan Mak Leha. Mak Leha terus membawa bayi itu kepada Fahmi dan berkata, "Fahmi, ini anak perempuan kamu". Fahmi melihat bayi yang sedang berada dalam dakapan ibu mertuanya itu. Fahmi mengusap pipi bayi itu dan berkata, Nur Qaisara Syasya. Nama itu bermaksud "Cahaya permaisuri berseri-seri". Nama itu juga yang Sarah impikan selama ini. Sarah pernah berkata, jika mereka dapat anak perempuan, Sarah inginkan nama itu. Fahmi tersenyum melihat anaknya. "Rupa Syasya ada iras mama" kata Fahmi dengan lembut.

Sudah 5 tahun Sarah meninggalkan Fahmi buat selamanya. Syasya juga sudah pandai berbicara sekarang. Kadang-kadang dia akan bertanya kepada Fahmi, "papa, kenapa mama tak nak jumpa Syasya? Mama tak sayangkan Syasya ya". Fahmi hanya tersenyum dan menjawab, "mama sayangkan kamu Syasya. Sayang sangat. Nanti bila dah tiba masanya, kita akan jumpa mama ya, sayang". Syasya mengangguk keriangan. Biasalah, budak-budak belum faham apa-apa lagi. Suatu hari nanti Syasya pasti akan mengerti. Fahmi membuka album dia bersama Fiya semasa majlis perkahwinan mereka. "Andainya sayang masih ada disini, mesti lagi meriahkan. Syasya rindukan sayang. Begitu juga dengan abang" tanpa disedari, air mata Fahmi mengalir. "Abang janji akan jaga Syasya elok-elok" kata Fahmi lagi. Tiba-tiba dia terlihat sekeping gambar Sarah. Rupa-rupanya gambar Sarah ketika di Paris. "Cantik isteri abang ni" bisik hati Fahmi. Sekarang hanya ada Syasya yang menemani hidup Fahmi. Dan bagi Fahmi, tiada siapa yang mampu menggantikan tempat isterinya, Sarah.

-TAMAT-

Older
Newer